Aku berlari di alam fantasi,
Terlalu banyak aku melihat nikmatnya,
Entah yang mana perlu aku pilih untuk hidupku,
Adakah itu semua simbol kelalaian???
Aku ada akal untuk memikirkannya,
Dan tiada siapa perlu mengarahkanku untuk memilihnya,
Peluang hanya sekali,
Adakah ini semua tipu daya???
Ya,ini hanyalah suatu coretan fantasi semata-mata!
Khamis, 10 Jun 2010
Ahad, 18 Oktober 2009
lyrics

Free Love-Ballad from WALLERCOURT
Thinking of you lately
I've wrote a song about you and me
Would you love me baby?
Would you love me?
Please,please,please,please cutie
You're my sugar and honey
Will you love me sweetie?Will you love me?
Come on baby,come on
Let us lead this wonderful life
Come on baby,come on
Let me be the one you need
Free Love-The Yaya Song(Feat The Rebel Scum)
Forget tommorow fam let sorrows be ignored,it's bliss
Today for today,and today,i don't know wanna miss
Cuase we jammin' it sing and rap cause it makes us happy
Love for all,the biznez and fussin is past me homie
KL takde macam ni,Ipoh takde macam ni
Korang belum pernah dengar lagi yang macam kami
Sekepala semua kaki,kalu kau nak lagi
kita boleh lepak sampai 5 pagi
Rabu, 14 Oktober 2009
Mengapa saya buat band?

.. ..
*Saya sajer...jer,nk buat band ini.Kenapa tak boleh ker?(Ooo...boleh,boleh)
*Alamak...brother,gua rambut panjang beb,mestilah kena ada band.Apalah...lu.(....Pontianak.... pun rambut panjang gak)
*Kita orang hendak...nampak macho,ganas dan brutal...sebab mana ada orang main macam ini.Kenapa?Tak percayer...?ini nama dia kord kangkang brother(heheh...kord kangkang yer...)
*Hahah...gua sajer jer,nak cari awek kenalah ada band.Tak gempak pon takpa.(pulak...)
*Kita orang hendak main gigs jer.Tu jer..(banyak gigs...?)Belum lagi.
*Suka-suka...aku punya sukalah(suka akulah nak tanya)
*Apsal...ak lg baguslah dr band T*&^k tu ker...Bo%^9 tu ker...tak boleh?(boleh..boleh..buat lagi dua)
*Actually..kami sebenarnya..hendak memperjuangkan muzik ini,dengan jujur(beli ori ke pirate?)
*Sebab nak main Rock The World(main orang kahwin...tak nak?)
*Kawan-kawan aku ajak,lagi pon...semua kawan2 aku ada band.Kalau dia ajak terjun longkang?)
*Aku taknak org lain nyanyi lagu aku.Suara aku jer yg sesuai dengan lagu nie tau.(sedap ker...?lagu kau?)
*Rugilah...semua org ckp aku handsome.(aku tak cakap pon...ada aku cakap?)
*Sebab nak masuk battle of the band,manalah tau menang.(manalah tahu...kalah?)hehehe,baliklah.
*Kita orang dapat offer main kat luar bang..(ko main lagu cover je mslhnyer)
.. ..
Apa pendapat anda denagn dialog2 bodoh(mungkin...?)yang anda baca sebentar tadi.Sebahagian darinya adalah antara jawapan dari pengalaman sendiri bertemu dan berbual dengan grup local kita.Percaya atau tidak ini antara alasan2 yang ditemui jika ditanya:mengapa saya buat band?Cukup sukar sebenarnya untuk memulakan tulisan ini secara tepat.Malah...ayat2 dan persoalan selepas ini jugak agak sinis menuju pada sesetengah pihak.Sempena 10 tahun bertapaknya ROTTW sebagai medium perantara muzik Malaysia(tidak salah rasanya).Komunikasi sedekad kami bertemu,bercakap dan menulis tentang kumpulan2 muzik kelahiran tempatan.Tanpa merujuk mana2 batasan dan genrenya,artikel ini khas untuk semua.Baca...terima dan terkena.Sempena musim2 berlambaknya battle of the band kebelakangan ini,ratusan nama grup yang tak pernah kita kenali turut keluar mahu ke pentas.Hari ini..ROTTW sendiri menulis untuk kita nilai dan renungkan sendiri kejujuran muzik itu dengan kesesakan band begini.Komersil,indie hinggalah yang terang2an kononnya mengaku sebagai Underground(tanpa faham maksud sebenarnya)Apakah matlamat mereka dan mungkin juga anda menubuhkan sesebuah band?
.. ..
Masyarakat pemuzik(kononya)kita hari ini sendiri masih tidak mampu menjawab persoalan ini secara tepat.Mengapa menubuhkan band?.Boleh jadi juga kerana suka dan minat,atau trend...sekadar suka2 dan gila glamour.Ada yg bermain band sekadar suka2 semata-mata tiket mencari girlfriends.Wujud juga golongan syok sendiri yang mahu kelihatan ganas dengan muzik mereka.Malah ada juga yang gila glamour bergelar artis kononnya.Sekelompok yang lain cuma mahu kepuasan dan menumpang show rakan2 di gigs.Mudahnya...,persepsi ini bisa jadi pelbagai kerana kemampaun band itu sendiri cukup mudah di ragui.Gaya,life style dan attitude sesebuah band itu menggambar sejauh mana minat mereka dan tujuan mereka bermain band.Ini juga punca mengapa industri suram kita ini punya lambakan grup sampah yang sendiri kabur mengapa mereka menubuhkan band.Kita kurang faham makna dan konsep band itu sendiri.Apa dasar muzik yang dimainkan?wujud juga band yang sendiri kurang faham jenisan muzik yang mereka mainkan.Malahan kedengarannya seakan terkeluar dari format muzik asal yang kononnya di bawa mereka.Jadi ...apakah jenisan band begini.
.. ..
Band yang datang dan pergi,dengan perubahan line-up dan genre muzik.Masalah juga di Malaysia ini jika mahu mencari grup yang benar2 jujur bermuzik.Sebulan dua bersama,band sudah bepecah belah.Apa konsep dan penyatuan sebuah grup jika tidak bertemu persefahaman sebagai kumpulan.Ada yang mahu menjawab..?Jarang2 kumpulan baru kita mampu bertahan untuk tempoh masa yang lama.Ada juga yang menguburkan sendiri band mereka,setelah sibuk bekerjaya.Rata2nya tempoh jangka hayat band Malaysia puratanya Cuma 2-3 tahun saja.Tak kisahlah yang di Mainstream atau yang bertaraf Underground.Ada juga grup yang ditubuh dan dibentuk oleh syarikat rakaman.Selalunya band jenisan begini harus ada sedikti rupa,peratusan foundation tinggi menutup lubang jerawat,berambut rebonding paras bahu,dan sedikit bijak menjawab gosip.Apakah gunanya wujud band2 begini pula?Inilah masalah industri hari ini yang dilambakkan dengan band dari jenisan ini.Sama saja,baik dari kelompok yang bermuzik atau nasyid.Selagi namanya berkumpulan dan sukses,selagi itulah idea yang sama diguna pakai untuk diulang tiru warga Malaysia.Kelompok yang menghasilkan ribuan pengikut stereotype,lihat sahaja berapa ramai yang mengaku emo/screamo/hardcore/metal/indie dan lebih parah mengaku underground tanpa cuba memahami semua terminology dan maksud di belakang nama ini.Fikir semula...apa tujuan anda membuat dan bermain band?Jika masih tetap kekal dengan nama kord kangkang,maaf sahaja...lah yer.OJETS
(ROTTW V.115 JUN 2006)
Khamis, 1 Oktober 2009
Apa Adanya Dengan Underground? (KakiSeni.Com)

Dari konotasi perkataan/frasa 'underground' ini pasti terwujud pelbagai imejan di dalam minda. Malah jika diterjemah secara terus, ia menghasilkan maksud yang sangat mudah untuk difahami semua. Tetapi yang pastinya konotasi kata ini mungkin lebih bererti sekiranya diajukan kepada anak remaja moden kini. Secara tak langsung, terma underground ini dihubungkan terus dengan muzik. 'Lifestyle' anak muda yang punya jiwa protes terhadap arus konvensional muzik semasa. Daripada zaman pencetusan aliran underground hinggalah sekarang, banyak perubahan telah berlaku. Tidak salah juga jika mengatakan sejarah muzik underground di Malaysia ini mewujudkan impak yang signifikan kepada corak pemikiran, gaya hidup malahan identiti budaya anak muda moden Malaysia.
Dipercayai pergerakan underground ini mula bertapak di Malaysia sekitar penghujung tahun 80’an. Selaras dengan perkembangan sosio-budaya anak muda dunia ketika itu yang dahagakan kebebasan dan tidak begitu menyukai ideologi golongan konservatif yang menghimpit. Maka tidak terkecuali juga anak muda moden di Malaysia sendiri. Muzik bagai menjadi salah satu bentuk wadah ekspresi jiwa yang melegakan.
Jika disingkap kembali kepada senario hiburan tempatan pada waktu itu adalah tersangat menyedihkan kerana penguasaan golongan karyawan yang tidak punya sensiviti kepada progresi evolusi corak hidup alternatif, golongan muda/remaja. Sebahagian besar karya muzik mainstream yang diciptakan itu perlu berlandaskan kepada nilai komersil dan ini begitu menyesakkan citarasa golongan muda yang ingin sekali mencari kelainan. Sebut sahaja dari segi citarasa muzik, filem mahu pun budaya hidup, jelas golongan anak muda moden mahukan sesuatu yang mungkin tiada nilai komersil langsung tetapi kuat ciri estetikanya.
Bertitik tolak dari kemunduran dunia muzik tempatan, maka kelahiran aliran corak hidup alternatif melalui dunia muzik dilihat sebagai satu cetusan budaya pop yang menjana pengikutnya sendiri. Pada waktu itu rasanya kemeriahan dan keakraban sesama pengikut 'undergrounders' terasa utuh kerana bersemangat tinggi untuk mewujudkan dunia muzikal mereka sendiri. Tiada sebarang sempadan yang menghalang mereka dari menikmati alunan protes dan kekerasan dari pemuzik bermahzabkan underground kerana ia turut terkandung bersama cetusan hati dan jiwa pemberontakan remaja pada waktu itu.
Turut sama lahir seiring dengan cetusan ini adalah kepelbagaian corak genre muzik tempatan. Daripada golongan pendengar muzik Melayu yang terkenal sinonim dengan irama leleh maka pencetusan genre muzik dari aliran kumuh Rock n’ Roll seperti Heavy, Speed dan Death Metal bagaikan mantra anak muda. Boleh dikatakan eksistensi gig-gig muzik underground muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan . Walaupun dijalankan secara kecil-kecilan di kelab malam atau pub-pub sekitar kota, namun kehadiran pengikutnya makin bertambah dan secara tak langsung gerakan ini boleh dikatakan mencapai status 'cult'.
Kemasukan era 90’an, terasa benar-benar memberi impak yang besar. Jelas dari perubahan arah muzikal ketika itu turut sama mempengaruhi gaya hidup terkini dengan kelahiran generation-x yang membuahkan genre muzikal seperti 'alternative', 'grunge', 'indie', 'brit pop', 'punk', 'skin', 'hardcore' dan pelbagai lagi. Ia bagaikan virus yang pantas menular di kalangan remaja sekolah untuk turut sama mengikuti trend muzikal terbaru hasil import dunia hiburan antarabangsa. Kemeriahan begitu terasa, malah semakin banyak pula band-band gagasan anak muda Malaysia yang hebat wujud pada waktu itu seperti O.A.G, Spiral Kinetic Circus, Carburetor Dung, Butterfingers, Namesis, The Pilgrims, A.C.A.B dan banyak lagi.
Sekitar pertengahan 90'an, industri muzik underground tempatan bagaikan mencapai kemuncaknya kerana semakin banyak penganjuran gig-gig dilakukan di luar daripada ibu kota. Pulau Pinang , Perak dan Johor Bharu turut sama mempunyai pengikut undergrounders tersendiri dan hampir setiap hujung minggu pasti ada sahaja gig-gig yang dianjurkan oleh kumpulan underground tempatan. Apa yang membanggakan adalah kunjungan secara rasmi kumpulan–kumpulan muzik antarabangsa seperti Third Eye Blind dan Fugazi ke Kuala Lumpur untuk memenuhi undangan bermain muzik di Fire Discotheque. Penganjurannya dilakukan secara serba serderhana tetapi tetap mendapat sambutan yang menggalakkan daripada khalayak undergrounders Malaysia.
Tidak ketinggalan, pergerakan muzik underground Malaysia ini pernah mendapat liputan yang khusus daripada majalah US berpengaruh seperti Rolling Stone. Pada edisi 528, November 1996, wartawan David Wright-Neville menulis satu halaman penuh tentang cetusan kelahiran budaya underground. Boleh juga disemak pada halaman 39, beliau menamakan tajuk artikelnya sebagai "The Rebels of KL: Malaysian subcultures are smashing stereotypes with their own brands of punk rock and grunge." Jadi disini saya mengambil satu petikan komentar beliau berkenaan tajuk di atas.
"If there is any truth to the maxim that the more oppressive the dominant culture the more creative the subcultures, then tonight's gathering of punks, skin heads, dreads, and doyen of grunge speaks volumes about modern Malaysia. There are Malays, Chinese, Indians and a smattering of Eurasians, all gathered in an almost celebratory atmosphere which certainly speaks well of Malaysia's ability to manage its once explosive ethnic mix."
Malangnya pandangan positif diatas tidak selalunya dikongsi bersama wartawan akhbar perdana Malaysia. Pernah tercetus satu kontroversi yang mengemparkan negara akibat daripada kewujudan budaya underground suatu waktu dahulu. Ia dijadikan satu isu sensasi negara kerana akhbar tersebut menampilkan foto seorang pemuda skin yang sedang asyik berpogo di salah satu gig di ibu kota. Isu laporannya benar-benar memberikan pandangan yang negatif kepada masyarakat dan secara tak langsung remaja Malaysia dituduh menghadapi krisis moral yang parah. Maka semenjak dari insiden itu juga semakin banyak gig-gig muzik underground diserbu polis atas arahan pihak atasan kerana khuatir dengan tahap keruntuhan moral anak muda. Pelbagai penyakit sosial turut dibangkitkan seraya dengan penglibatan ramai remaja yang gemar mengunjungi gig-gig ini.
Semenjak dari insiden itu, maka pergerakan golongan underground menjadi sedikit mundur. Penganjuran gig juga semakin berkurangan walaupun kadang kala setiap bulan pasti ada juga penganjurannya. Maka dari sini terkesan kemunduran dari segi pengelolaannya dan bertambah parah banyak pula band-band yang menemukan titik noktah berkarya mereka di persada underground. Tambah memeritkan adalah apabila insiden Black Metal yang disensasikan oleh pihak akhbar 2 tahun yang lalu ... Akibatnya senario muzik underground menghadapi kelesuan.
Walaupun begitu, untuk mengatakan scene underground telah berkubur adalah satu pernyataan yang mengundang kecelakaan kerana ia masih bernyawa dan akan terus wujud selagi ada golongan generasi muda. Jika diperhatikan sekarang (setelah hilangnya badi insiden Black Metal), senario underground kembali mengelegak. Tetapi intensiti dan penyatuan kelompoknya tidak seperti pada zaman permulaannya. Kini lebih banyak gig yang dilakukan atas dasar berpuak-puak mengikut genre muzikal yang tersendiri. Tiada lagi ‘unity’ yang sering dilaung-laungkan dahulu. Kalau diukur pula dari segi prestasi dan penguasaan muzikal memanglah amat membanggakan. Begitu ramai pemuzik muda generasi pelapis memiliki penguasaan dan kefahaman yang baik di dalam soal teknikaliti mereka untuk bermuzik.
Dan isu terakhir yang menjadi kudis adalah soal pengurusan sesebuah show,gig atau konsert yang melibatkan nama-nama kumpulan underground. Sikap para penganjur kadang kala amatlah menyedihkan kerana yang dikejar adalah potensi komersil semata. Mereka bijak memanipulasi keadaan atau etika undergrounders bagi memenuhi keuntungan yang membuah kepada poket di samping tidak memandang serius kepada 'equipments' instrument muzik dan juga 'welfare' sesebuah band. Ada kalanya bayaran upah yang diberikan kepada band juga mengecewakan dan hanya cukup makan. Jika dilihat dari sudut kewangan memang bukanlah soal pokok, tetapi setiap dari anggota band-band perlulah diberi imbuhan yang seimbang dengan perkhidmatan mereka menghiburkan khalayak.
Jika keadaan ini berterusan, munkin senario muzik underground tidak mungkin mengalami evolusi sikap dan perubahan yang boleh dibanggakan.
Rabu, 23 September 2009
Band indie,lebih luar biasa?
Suatu perbincangan telah dilakukan oleh program Fenomena Seni di TV1 bagi membincangkan band2 indie yang semakin meningkat naik.Untuk itu,aku sajikan korang video ni yang bertajuk,"Band Indie,Lebih Luar Biasa".Adios...
Ahad, 20 September 2009
slot bulan september
1.preparation for examination
2.puasa
3.raya
This year raya???hmmm...going outside with buddies/chicks or just relax at home and doing nothing?.Puasa?is just only a month,some says that it takes a long time and it means they're already give up!but others who are still fasting completely,i think...they're already succeed doing this honourable job that gaven by Allah S.W.T.Congrats to them!Examination?a big exam that i'm going to sit next month and it will determine my future...it's hard to be a teenager!!!what a poor!
2.puasa
3.raya
This year raya???hmmm...going outside with buddies/chicks or just relax at home and doing nothing?.Puasa?is just only a month,some says that it takes a long time and it means they're already give up!but others who are still fasting completely,i think...they're already succeed doing this honourable job that gaven by Allah S.W.T.Congrats to them!Examination?a big exam that i'm going to sit next month and it will determine my future...it's hard to be a teenager!!!what a poor!
Selasa, 1 September 2009
Underground genre muzik yang dipinggirkan?

DALAM persada muzik tempatan, terdapat pelbagai jenis muzik yang telah berakar umbi dan berjaya menambat hati ramai pendengar.
Pop, rock, dangdut dan irama-irama tradisional antara genre muzik arus perdana yang sinonim dengan halwa telinga para pendengar di negara ini sejak sekian lama.
Bagaimanapun perkembangan dunia muzik yang semakin pesat menyebabkan munculnya banyak muzik lain yang juga tidak kurang hebatnya.
Underground antara kategori muzik yang mempunyai banyak cabang genrenya yang tersendiri seperti sub-pop, punk, grunge, hardcore, thrash metal dan sebagainya.
Fenomena kemunculan muzik-muzik tersebut bukanlah baru di negara ini, tetapi ia sudah mula bertapak sejak awal tahun 1980-an.
Selepas lebih 20 tahun, genre muzik underground dikatakan masih kurang mendapat liputan meluas daripada media massa dan juga sokongan para penggiat muzik tanah air.
Sedangkan hakikatnya genre yang banyak menampilkan idea-idea muzik baru itu dilihat semakin berjaya menarik ramai peminatnya yang tersendiri sejak kebelakangan ini.
Para peminat tempatan nampaknya sudah semakin ‘membuka telinga’ mereka kepada jenis-jenis muzik baru yang lebih segar dan tidak terikat dengan sesuatu konsep semata-mata.
Anggota kumpulan Aggrobeats, Edy yang mengenengahkan konsep muzik punk oi! berkata, sesebuah kumpulan itu harus bebas dan jujur dalam berkarya sebelum mereka mampu menarik perhatian para peminat.
“Kami hanya main muzik yang kami suka sahaja. “Kalau peminat suka dengan muzik kami, itu boleh dikira sebagai satu bonus.
“Tentu ada sebab mengapa peminat suka dengan sesebuah konsep muzik itu. Tepuk dada tanyalah selera,” katanya ketika ditemui selepas persembahan kumpulannya di sebuah kelab di Sri Hartamas, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Golongan ini seakan-akan sudah bosan dengan konsep muzik yang sedia ada dan menganggapnya sebagai tidak berkembang maju.
Antara jalan penyelesaian bagi memenuhi minat dan perjuangan muzik, mereka terpaksa mencari alternatif sendiri.
Lantaran itu, meskipun tanpa sokongan daripada banyak pihak tetapi para pemuzik dan peminat genre muzik sebegini tetap mampu mencipta persada muzik mereka yang tersendiri.
Sebagai contohnya, banyak syarikat-syarikat rakaman independent ditubuhkan bagi memberi peluang kepada kumpulan-kumpulan baru mengenengahkan konsep-konsep muzik yang mereka perjuangkan.
Hasilnya muncul banyak kumpulan baru yang tampil dengan album-album yang mereka terbitkan sendiri dan ternyata ia mendapat sambutan ramai peminat.
Sebagai contohnya, album-album kumpulan A.C.A.B. yang mengenengahkan konsep muzik oi!, berjaya dijual melebihi 15,000 setiap kali ia dipasarkan biarpun tanpa promosi hebat dan sokongan daripada pihak media massa.
Dianggarkan tidak kurang daripada 50 kumpulan underground pelbagai genre muzik telah diberi peluang menghasilkan album sendiri.
Fenomena itu secara tidak langsung boleh memberi cabaran besar kepada ramai artis arus perdana kerana ramai yang masih gagal menjual album-album mereka biarpun promosi besar-besaran diadakan menerusi media cetak dan elektronik.
Jangan terperanjat apabila ada artis yang cukup popular dan bernaung pula di bawah syarikat rakaman gergasi tetapi sayangnya album mereka dijual tidak pun sampai 5,000 unit.
Jadi di manakah silapnya? Banyak perkara harus diberi perhatian antaranya idea, pembaharuan dan sesuatu konsep muzik yang hendak diketengahkan itu haruslah diperluaskan kerana golongan pendengar hari ini semakin bijak dalam memilih produk-produk yang inovatif dan bermutu sahaja.
Selain itu, para pemuzik underground juga terpaksa menganjurkan persembahan-persembahan pentas mereka sendiri demi muzik yang diperjuangkan.
Boleh dikatakan hampir setiap hujung minggu di sekitar bandar-bandar besar terutamanya sekitar Kuala Lumpur pasti akan ada persembahan yang dijayakan oleh golongan tersebut.
Para pemuzik underground bukan setakat berjaya menganjurkan persembahan sendiri tetapi mereka juga mampu menarik jumlah penonton yang cukup ramai.
Konsert Rock The World kali ketujuh yang diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada Disember tahun lalu misalnya berjaya menarik lebih 20,000 penonton.
Rock The World yang diadakan pada setiap tahun memperlihatkan peningkatan jumlah penonton yang amat ketara setiap kali ia diadakan.
Konsert yang menghimpunkan lebih 20 buah kumpulan pemuzik tempatan pelbagai genre muzik underground itu boleh dijadikan kayu ukur kepada konsert-konsert artis arus perdana yang lain.
Sedangkan banyak konsert gergasi yang diadakan menampilkan artis-artis hebat tempatan dan luar negara sejak akhir-akhir ini hanya sekadar mampu menarik sekitar di bawah 10,000 penonton sahaja.
Perkara itu harus dihalusi kerana populariti dan publisiti seseorang artis arus perdana belum pasti mampu untuk menarik ramai penonton jika kredibiliti muzik yang mereka diketengahkan masih berada ditakuk yang lama.
Perkembangan muzik underground dilihat positif kerana karya muzik dan lirik yang dihasilkan tulus terpancar keluar daripada jiwa mereka.
Menurut anggota kumpulan The Official, Noor Sarah, insiatif pemuzik underground yang tampil dengan idea, konsep, muzik dan lirik sendiri seharusnya dijadikan contoh oleh pemuzik lain.
“Kalau bagus lagu itu, lagu kita sendiri dan begitulah juga sebaliknya. Tetapi kalau kita bangga menyanyikan lagu-lagu orang lain sampai bila pun kita tidak akan maju,” ujarnya penuh makna.
Sebab itu kebanyakan pemuzik underground mempunyai inisiatif yang tinggi untuk mencipta lagu dan lirik ciptaan mereka sendiri.
Ramai di kalangan kumpulan underground yang menerbitkan demo tape dengan lagu-lagu ciptaan sendiri dan diedarkan sesama mereka.
Biasanya sesebuah demo tape yang dihasilkan itu diedarkan kira-kira 500 unit dengan harga sekitar RM5 setiap satu.
Promosi dan edaran demo tape di kalangan peminat sesebuah kumpulan itu secara tidak langsung dihebahkan secara dari mulut ke mulut.
Ternyata kaedah yang digunakan itu walaupun tidak meluas tetapi ia memberi kesan mendalam jika sesebuah material yang dijaja itu menarik dan unik untuk dinikmati.
Formula dan pendekatan seperti itu banyak menyumbang kepada perkembangan dunia muzik underground yang amat luas skopnya.
Ini kerana, masih banyak lagi ruang lingkup dalam bidang muzik yang belum diterokai bersesuaian dengan elemen muzik itu sendiri yang bersifat subjektif untuk dihayati oleh sesiapa juga.
Namun, golongan pemuzik mahupun peminat genre muzik sebegini seharusnya bijak menyesuaikan diri dengan latar budaya setempat dan ruang lingkup di mana mereka berkarya.
Ia bagi mengelakkan daripada berlakunya gejala-gejala yang tidak sihat seperti pengaruh dadah dan arak di kalangan penggemarnya.
Idea-idea dan konsep muzik yang dihasilkan oleh para pemuzik underground juga haruslah menampilkan unsur-unsur positif yang boleh menjana daya kreatif di kalangan para penggemarnya.
Ramai pemuzik underground menyahut seruan itu contohnya dengan menampilkan isu-isu semasa yang berlaku dalam masyarakat.
Justeru kesedaran seperti itu membuktikan bahawa mereka juga mampu menyumbang sesuatu yang positif kepada perkembangan industri muzik tempatan.
Jika fenomena itu terus berkembang, para pemuzik underground yang ada sekarang ini mampu untuk meneruskan kesinambungan dalam industri muzik arus perdana tempatan pada masa depan.
-taken by utusan malaysia(27/02/2007)-
Langgan:
Catatan (Atom)
